Demi Cintaku dan CintaNya
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak
menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato
Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang
bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia
yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk.
Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak
sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin
dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak
tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga
sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut
entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku
balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan.
Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj.
Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas,
Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna
kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak
enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku
dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu
lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.
“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun
aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap
saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak.
Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti
si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.”
Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt
muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci
kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman
ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya
mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan
itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok
kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu
isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih
tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman
melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak
kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah
panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana
tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu
Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni
dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan
orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen.
Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama,
kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang
dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa
hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau
dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada
suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha
Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi
amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku,
lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras
Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.
“..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara!
Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala
Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah
memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman
dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah
dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir
itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila
mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom
Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula
ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut
dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di
sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang
pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi
saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis
yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya
awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin
dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat
istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang
hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah
yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa
kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah
abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab
teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak!
Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam
diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam
hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala.
Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari
dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar
masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk
dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar
masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.
“huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu.
“abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah
ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay
apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je
semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan
cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa
yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi
geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil
Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu
menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya
upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga.
Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari
surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama
seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan
Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah.
Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa
di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.”
kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian
berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu
menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil
dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan
Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar
agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak
untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai
bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami.
Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu
apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih
Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik-
celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa
berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa
awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus.
“gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas
beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah,
nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya
di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya
Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di
pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di
tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang
tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya
bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ”
Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata
abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara
Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi
tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam.
Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis
ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air
matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan
lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam
Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa
tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga
pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar”
“okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?”
“sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman
lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.”
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai
membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun
keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.”
Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan
Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan
berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman
perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak.
“eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan
baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya.
“jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa
sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh
ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu
tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..”
lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut.
“thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk
di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap
Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.
“ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang
ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di
letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga
nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa
yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru
pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak
tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu
apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan
earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan
sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.
“ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar
duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang
ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu
“saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan
lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku
tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan
lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je
Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau
selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua
mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan
tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya.
Khusyuk melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita
bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman
tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh
ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya
lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok
matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia
nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.”
Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak.
“oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke
bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita
sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya
nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg
kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat
kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan
menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik
hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku
itu.
“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak?
Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay.
Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang
tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan
buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman
membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja
kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan
wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?”
“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun
alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack,
isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match.
Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan
yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang
jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti
selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.
“abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah
menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya
rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur
lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang.
Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan.
Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu.
“subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman.
‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya.
Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas
bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik.
Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah
sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir
itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu
melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran
itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa
teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan
iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi
merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak
sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah
atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal
lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail
itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak
stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit
tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle
kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah,
saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato
Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba
telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik
rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman
tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang
Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat.
Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti
sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek
Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah
jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman
melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak
melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak
Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah
pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku
pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas
tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman
dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak
adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah
berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang
tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik
dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak
akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau
izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi.
Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah
isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa
dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…”
sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan
awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga.
Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang
membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat
rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia
memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia
termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan
tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati
abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah
senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak
tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang…
biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya
nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir.
Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi
Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat
ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan
janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di
pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya
kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping
abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along
dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk
membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta
petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi.
Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini,
click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang
‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala
yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3)
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI
IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3)
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh
ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat
Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk
sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh
tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia
balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini
dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka
surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia
dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram
api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita
sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak
berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang
banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat
pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil
syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah
tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak
mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui
pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH,
kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya,
Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..”
tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu.
Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya
Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan.
Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden
kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah,
alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada
email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok
Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video
itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam
rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please..
jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat
air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata
mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga
dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja
Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference
dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya
Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman
dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam
kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?”
Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah
ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”
“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata
Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di
Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.
“thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan
bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira
dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di
kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan
barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur
Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang
tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah
terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal
Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.”
Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa
apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu
mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman
terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi.
Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat
darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”
“no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di
kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah
ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya
tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya
dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya
Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah
menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi.
Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang..
bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom
buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk
menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman.
Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari
itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman.
Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya
yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai
berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak
minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti
biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat.
“..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya.
“abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta
halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya
untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.
“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya
nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang
belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang
awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari
surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi
lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah.
Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju
hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk
rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah
berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan
sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi,
tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi
bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu
mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya
beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu.
Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha,
ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam
rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman
bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.
“Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah.
Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia
pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!”
Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang
abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan
orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh
adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman
cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah
alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba
dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata
Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya
Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..”
Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi,
macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran
hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa
itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.
“abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah
mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan
bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari
bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba
tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya
itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan
lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih
baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah
kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya
nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut
dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat
sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from
Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci
itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah
KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu
KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari
mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga
saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan
anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang
tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.”
Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di
bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda
bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar
hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran
berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman.
Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman
terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia
nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia
nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat
di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri
katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive.
Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba
di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman
mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut.
Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!”
jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.
“sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji
Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia
memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit
sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video
cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku
Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di
ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan
earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan
sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.
“ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar
duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita
nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar.
Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di
letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir
masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan
dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas
mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa
sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah,
ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa
untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi
Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali
tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia
senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak
keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan
abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu.
Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama
masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah
itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai
melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang
lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak
musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah
malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik
dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya
sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di
ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa
sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam
Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur
sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah,
rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke
kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang.
Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan
siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal
abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan
Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat
berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu
lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.”
Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya
kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang
check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya
Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan