Sabtu, 26 Oktober 2013

Kafarah dosa lalu

Uiian itu tiba tanpa kuta duga..
Ia dtg scara tiba2..
Bisu menyelubunyi segala rasa
InsyaAllah aku trima dengan redha..
Aku kuat kerana Nya..
Aku terima kerana Nya..
Uji kerna sayang...
Uji kerna rindu...
Dia mahu aku bersamanya...
Syukran ya Rabb kerna mebyedarkan aku dr kelalaian
Dr lupanya diriku padamu
Dr luputnya ingatku padamu..
Syukran ya Rahman..

Jumaat, 25 Oktober 2013

WAHAI BAKAL ZAUJ KU

ya Rabb...
dirinya kau ciptakan untuk kaum hawa,

t

ulang rusuknya yang hilang, 
mencambahkan hatinya mencari yang terbaik untuk dimaterai bersama..

wahai bakal zauj ku..
tulang rusuk kirimu kemungkinan bukan berada padaku,tetapi aku terima dengan seadanya andai ia tertulis di loh mahfuzku...

wahai bakal imamku..
pertemuan yang singkat ini,
membuat aku sangsi,
perkenalan yang sejanggah ,
memaksa aku mencari..
kau hadirkan dirimu dalam hidupku mengharapkan bahagia ,
menjadikan diriku kucar kacir dalam mencari jawapan,sementalaah diri ini sibuk mencari makna cinta dunia..
sifat hormatmu terhadap orang tuaku mencuri hatiku untuk menerimamu 
tetapi ia bukan subjek yang kuat untuk tidak aku meneruskan istikharahku... 
sifat mengambil berat tentang diriku menjadikan aku berasa serba salah untuk menolakmu,
memanggil aku untuk terus memahamimu,
keperibadianmu amatku kagumi,
kesopananmu amat ku sanjungi ,
percakapanmu membuat aku getar untuk meneruskannya 
dikau muncul dikala aku jatuh,
dikala aku memerlukan,
dikala aku kesempitan,
dikala aku mencari hidayahmu,
akhirnya dirimu menyampaikan hajat, 
membawa aku ke alam nyata,
bahawa dunia ini bukan rekaan semata-mata.. 

ya Rabbul Izzati...
andai dia bakal zauj ku ini, pilihanmu di arash,
berikan aku kekuatan dan keyakinan untuk menerimanya,
 sekiranya bakal zaujku ini adalah bakal suamiku yang akan membimbing tanganku di titianmu..
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.. 
sekiranya bakal zauj ku ini adalah bidadara untukku di Jannahmu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya kelak...
sekiranya bakal zaujku ini adalah yang terbaik untukku di duniamu,peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti hatinya...

wahai bakal zaujku..
aku tidaklah semulia khadijah ,
tidaklah setaqwa aisyah ,
tidaklah setabah fatimah ,
bukan pula sekaya balqis ,
apalagi secantik zulaikha ,
aku hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi isteri yang solehah...


TAHUKAH KAU WAHAI ADAM…

Apa yg ada di sebalik sekeping hati MUSLIMAH itu ?


► Ketahuilah , dia sedang BERJUANG memelihara HATI engkau supaya TEGAR meletakkan ALLAH di atas singgahsana dalam hatimu…!► Dia mahukan engkau , menjadi MUJAHID yang sibuk MENEGAKKAN kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu…!► Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca KELALAIAN hatimu dalam menunaikan haq ALLAH...!► Betapa dia sangat takut andai dirinya MENGKHIANATI haq ALLAH dgn mengambil alih singgahsana ALLAH dalam hatimu… ♥


DOA BUAT MAMA ABAH

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Mengharapkanmu

Pembohongan yang muncul ibarat belati yang membirat jiwaku sendiri..
Terlampau menyayanginya sehinggakan aku terheret dalam mempercayainya...
Yang hadir keikhlasan cinta dari yang Esa...
Mencambahkan diriku menerimanya..
Wahai cinta,maafkan daku menyakitimu..
Wahai rindu,terimalah diriku..
Wahai pencinta dia,sayangilah aku..
Wahai bakal zauj ku...
Demi Allah aku cinta padamu..

Isnin, 21 Oktober 2013

Tuhan

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatmu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunanmu tak pernah bertepi
Bila selangkat ku rapat pada-Mu
Seribu langkah kau rapat padaku