Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang
sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan
padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka
rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan
kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at
untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah
aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua
berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu
serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki
Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua
pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada
orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan
kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah.
..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis
melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya,
atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang
derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa
anakmu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan