Jumaat, 25 Oktober 2013

WAHAI BAKAL ZAUJ KU

ya Rabb...
dirinya kau ciptakan untuk kaum hawa,

t

ulang rusuknya yang hilang, 
mencambahkan hatinya mencari yang terbaik untuk dimaterai bersama..

wahai bakal zauj ku..
tulang rusuk kirimu kemungkinan bukan berada padaku,tetapi aku terima dengan seadanya andai ia tertulis di loh mahfuzku...

wahai bakal imamku..
pertemuan yang singkat ini,
membuat aku sangsi,
perkenalan yang sejanggah ,
memaksa aku mencari..
kau hadirkan dirimu dalam hidupku mengharapkan bahagia ,
menjadikan diriku kucar kacir dalam mencari jawapan,sementalaah diri ini sibuk mencari makna cinta dunia..
sifat hormatmu terhadap orang tuaku mencuri hatiku untuk menerimamu 
tetapi ia bukan subjek yang kuat untuk tidak aku meneruskan istikharahku... 
sifat mengambil berat tentang diriku menjadikan aku berasa serba salah untuk menolakmu,
memanggil aku untuk terus memahamimu,
keperibadianmu amatku kagumi,
kesopananmu amat ku sanjungi ,
percakapanmu membuat aku getar untuk meneruskannya 
dikau muncul dikala aku jatuh,
dikala aku memerlukan,
dikala aku kesempitan,
dikala aku mencari hidayahmu,
akhirnya dirimu menyampaikan hajat, 
membawa aku ke alam nyata,
bahawa dunia ini bukan rekaan semata-mata.. 

ya Rabbul Izzati...
andai dia bakal zauj ku ini, pilihanmu di arash,
berikan aku kekuatan dan keyakinan untuk menerimanya,
 sekiranya bakal zaujku ini adalah bakal suamiku yang akan membimbing tanganku di titianmu..
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.. 
sekiranya bakal zauj ku ini adalah bidadara untukku di Jannahmu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya kelak...
sekiranya bakal zaujku ini adalah yang terbaik untukku di duniamu,peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti hatinya...

wahai bakal zaujku..
aku tidaklah semulia khadijah ,
tidaklah setaqwa aisyah ,
tidaklah setabah fatimah ,
bukan pula sekaya balqis ,
apalagi secantik zulaikha ,
aku hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi isteri yang solehah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan